Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

MESIN BASUH WASH DAN SPIN PERLAHAN / TIDAK BOLEH WASH DAN SPIN

Imej
(Kedudukan Kapasitor) Jika berlaku masalah seperti ini, salah satu penyebabnya adalah kapasitor yang telah lemah. Apakah fungsi kapasitor? Ia berfungsi untuk membantu meninggikan torque pada peringkat awal untuk menggerakkan motor. Selepas motor mula bergerak, litar kapasitor terputus membolehkan motor bergerak dengan sendiri. Tanpa daya torque yang dibekalkan oleh kapasitor, motor tidak boleh bergerak untuk proses wash atau spin .     Unit bagi kapsitor adalah uf . Kebiasaanya, mesin basuh 7kg menggunakan kapasitor 8 uf , 9kg menggunakan10 uf dan seterusnya. 

MESIN BASUH TIDAK BOLEH SPIN

Imej
( Door Safety Switch )      Selepas proses wash dan rinse , kebiasaannya mesin basuh akan pergi ke proses spin untuk mengeringkan pakaian. Masalah berlaku apabila selepas proses rinse, alam berbunyi walaupun pintu mesin basuh telah ditutup rapat. Jika perkara di atas berlaku, d oor safety switch atau lid switch anda perlu diperiksa.         Lid Switch disambungkan dengan litar motor. Apabila pintu ditutup, litar kepada motor telah lengkap dan motor boleh bergerak untuk proses spin . Tetapi apabila pintu dibuka. litar turut terbuka menyebabkan bekalan elektrik tidak dapat disalurkan kepada motor dan motor tidak boleh berpusing. Lid switch berfungsiuntuk mengelakkan kecederaan kepada pengguna. Lid switch yang rosak atautidak berfungsi menyebabkan litar terbuka dan motor tidak dapat bekalan elektrik. Cara-caranya:      1) Spray dengan WD-40 tempat yang didapati berkarat pada lid switch tersebut. Selepas karat...

MESIN BASUH - AIR TIDAK BOLEH TAKUNG

Imej
Maslah air tidak boleh takung (Saluran bawah untuk air keluar)      Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pengguna mesin basuh auto ialah air tidak boleh bertakung di dalam drum . Perkara ini berlaku disebabkan ada benda yang tersumbat didalam saluran bawah untuk air keluar. Benda yang tersumbat itu menyebabkan getah hitam daripada drain pump tidak dapat menutup saluran sepenuhnya.     Untuk mengeluarkan bendasing tersebut, perlulah dibuka getah daripada drain pump seperti gambar diatas. Selepas dibuka bolehlah diambil benda yang menghalang getah drain pump dari tertutup. Kebiasaanya, benda kecil seperti duit syiling atau dawai halus yang tersangkut di dalam laluan tersebut.

MESIN BASUH TIDAK BOLEH ON

Imej
     Apabila kita dapati mesin basuh yang hendak digunaka tidak boleh on , pertama sekali kita perlu periksa power suply , pastikan plug dan wayar dalam keadaan baik bagi memastikan arus elektrik dapat disalurkan kepada mesin basuh.      Apabila telah dipastikan perkara diatas dalam keadaan baik, periksa PCB board yang digunakan. Caranya adalah dengan membuat direct wiring dari main plug . Jika masih tidak boleh berfungsi, memang PCB board tersebut telah rosak. ( PCB board )      Sebenarnya PCB board ini baru ditukar kurang dari sebulan. Tetapi disebabkan semasa membuat pertukaran PCB board yang baru ini Water Inlet Valve tidak ditukar, menjadi punca kerosakan kepada PCB board yang baru ditukar itu. Ini kerana punca kerosakan adalah datangnya dari Water Inlet Valve .     Untuk pengetahuan pembaca, inilah penyakit mesin basuh. Jika hendak menukar PCB board , Water Inlet Valve perlu ditukar sekali. Jika tida...

MESIN BASUH - AIR TIDAK BOLEH MASUK

Imej
Masalah air tidak boleh masuk / tidak boleh keluar ( Water Inlet Valve ) Ini merupakan masalah yang sering terjadi kepada mesin basuh. Selepas butang On ditekan pada display panel , air tidak mengalir ke dalam drum . Jika perkara di atas berlaku, ada 2 kemungkinan:      1) Filter di bahagian Water Inlet Valve telah tersumbat. Anda perlu menaggalkan filter tersebut               dan cuci dengan air bersih atau berus untuk mengeluarkan bendasing yang tersumbat pada filter.      2) Selepas filter dibersihkan dan dipasang semula, air masih tidak masuk. Ini bermakna Water                 Inlet Valve anda telah rosak. Buka screw pengikat (4 screw ) yang terdapat pada Water Inlet                 Valve tersebut dan bawa kekedai salat ganti untuk membeli Water Inlet Valve yang baru. Masalah air tidak masuk mung...

MESIN BASUH MANUAL/SEMI AUTO TIDAK BOLEH SPIN.

Imej
Assalamualaikum..      Kali ini saya ingin berkongsi masalah mesin basuh manual atau semi auto yang bahagian spin tidak boleh berpusing. Kebiasaannya perkara diatas berlaku disebabkan motor spin telah rosak. Ini adalah masalah utama bagi pengguna yang menggunakan mesin basuh manual. Di dalam motor spin terdapat gegelung dawai tembaga untuk menggerakkan motor. Jika gegelung dawai terbakar, maka motor spin tidak boleh berpusing. (Motor mesin basuh)      Motor yang lama perlu ditukar dengan motor baru supaya bahagian spin boleh berfungsi semula. Tips untuk mengelakkan motor terbakar: Untuk mengelakkan motor cepat tebakar, maksimum 2 round sahaja spin yang perlu dibuat dalam satu masa. Jika anda hendak buat spin lagi, tunggu hingga 1 jam untuk mengelakkan motor spin anda cepat panas. Sekian.. Terima kasih..

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Imej
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017 Gambar ketika raptai(saya 4 dari kanan) Assalamualaikum..      Pada 31 Ogos 2017 yang lalu saya telah berpeluang menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bagi perlaksanaan acara ini kami telah memulakan latihan pada 24 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Perbarisan ini telah disertai  oleh 350 Anggota RELA dan 50 Pegawai RELA .       Acara ini merupakan acara tahunan yang menjadi satu kemestian penyertaan dari kami. Penyertaan juga terdiri dari pelbagai jabatan seperti PDRM, ATM, APM dan banyak lagi. Acara ini juga mampu menarik kehadiran pelancong yang kagum dengan persembahan yang di pamerkan. Pada acaara ini juga kita dipersembahkan pelbagai kenderaan yang digunakan oleh ATM termasuk jet yang digunakan untuk peperangan. (Saya duduk bahagian hadapan, pertama dari kiri) (Saya nombor dua dari kiri)      B...

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT PEJABAT RELA NEGERI JOHOR

Imej
                                                             (Saya berbaju warna krim) Assalamualaikum      Pada  3 Julai 2018 (Selasa) yang lalu pejabat saya bertugas (Pejabat RELA Negeri Johor) telah berkesempatan membuat Majlis Sambutan Hari Raya peringkat RELA Negeri Johor. Program tersebut telah dilaksanakan bermula pada pukul 8.30 malam. Program itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia, Tn Zulkifli bin Abidin serta anak dan isterinya. Majlis ini telah mengumpulkan pegawai dan kakitangan dari semua cawangan di Negeri Johor.      Pelbagai hidangan tersedia yang telah dibawa dari pelbagai daerah di seluruh negeri Johor mengikut kesesuaian. Seperti Burasak yang dibawa dari daerah Pontian, Kuih raya diabawa dari daerah Batu Pahat, Mee Bandung Muar yang dibawa dari ...

HOBI SAYA

Imej
Assalamualaikum.. Hai semua.. pada kali ini saya ingin berkongsi cerita berkaitan hobi saya.. Semua orang pasti mempunyai hobi.. Seperti orang lain juga saya mempunyai hobi yang gemar saya lakukan iaitu berenang. Seperti kebanyakan kanak-kanak lain di desa, saya mula berenang pada umur 7 tahun di tali air yang terdapat berhampiran rumah saya. Ketika kanak-kanak  saya kerap lakukan aktiviti berenang bersama-sama kawan-kawan di waktu petang selepas bermain sesuatu permainan. Pada waktu itu kebanyakan ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka berenang di tali air kerana kerap terjadi selepas dari melakukan aktiviti itu kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah kembung perut. Apabila seseorang itu terkena kembung perut, untuk melegakan masalah tersebut ibu bapa akan mencari tukang urut untuk mengurut perut kanak-kanak tersebut.     Sehingga kini saya masih menjadikan berenang sebagai hobi saya yang  digemari. Dengan melakukan aktiviti renang saya dapat mereha...

BIODATA SAYA

Imej
Assalamualaikum dan Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T    Nama saya Fakhrul Haslam Bin Yusof No Matrik 257933. Berumur 32 Tahun dan sudah berkahwin. Mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Pontian Johor. Saya anak ke dua dari empat adik beradik. Berkelulusan SPM. Sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pengurusan Awam sesi Oktober 2017 melalui pusat pengajian PJJ UUM PACE di Marsah Kolej di Johor Bahru.    Pada Tahun 2009 saya telah diterima bertugas sebagai Pembantu Pertahanan Awam di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan telah ditempatkan di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah di Tuaran. Pada tahun 2013 saya telah ditempatkan di Pejabat RELA Daerah Kota Belud. Pada Disember 2014 permohonan saya untuk berpindah ke Pejabat Briged RELASIS Universiti Tun Hussein Onn. Pada September 2015 saya telah ditempatkan di Pejabat RELA Negeri Johor. .    Tujuan saya mewujudkan b...