MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT PEJABAT RELA NEGERI JOHOR

                                                             (Saya berbaju warna krim)

Assalamualaikum

     Pada  3 Julai 2018 (Selasa) yang lalu pejabat saya bertugas (Pejabat RELA Negeri Johor) telah berkesempatan membuat Majlis Sambutan Hari Raya peringkat RELA Negeri Johor. Program tersebut telah dilaksanakan bermula pada pukul 8.30 malam. Program itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia, Tn Zulkifli bin Abidin serta anak dan isterinya. Majlis ini telah mengumpulkan pegawai dan kakitangan dari semua cawangan di Negeri Johor.

     Pelbagai hidangan tersedia yang telah dibawa dari pelbagai daerah di seluruh negeri Johor mengikut kesesuaian. Seperti Burasak yang dibawa dari daerah Pontian, Kuih raya diabawa dari daerah Batu Pahat, Mee Bandung Muar yang dibawa dari daerah Muar, Soto dari segamat, dan pelbagai lagi hidangan yang menarik untuk pengunjung yang hadir.

     Program ini berlangsung dengan lancar dan meriah. Program seperti ini berjaya mengeratkan silaturrahim semua kakitangan dari pelbagai peringkat. Melalui program seperti ini juga kakitangan yang berlainan cawangan dapat bersua muka seterusnya mengenali antara satu sama lain.



( Ucapan Selamat Hari Raya dari saya, Pegawai Bersekutu dan Anggota RELASIS dari Briged RELASIS Politeknik Ibrahim Sultan)

(Ucapan Selamat Hari Raya dari saya dan rakan-rakan di pejabat))







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MESIN BASUH TIDAK BOLEH ON

MESIN BASUH - AIR TIDAK BOLEH TAKUNG

MESIN BASUH MANUAL/SEMI AUTO TIDAK BOLEH SPIN.