MESIN BASUH - AIR TIDAK BOLEH MASUK
Masalah air tidak boleh masuk / tidak boleh keluar
(Water Inlet Valve)
Ini merupakan masalah yang sering terjadi kepada mesin basuh. Selepas butang On ditekan pada display panel, air tidak mengalir ke dalam drum. Jika perkara di atas berlaku, ada 2 kemungkinan:
1) Filter di bahagian Water Inlet Valve telah tersumbat. Anda perlu menaggalkan filter tersebut dan cuci dengan air bersih atau berus untuk mengeluarkan bendasing yang tersumbat pada filter.
2) Selepas filter dibersihkan dan dipasang semula, air masih tidak masuk. Ini bermakna Water Inlet Valve anda telah rosak. Buka screw pengikat (4 screw) yang terdapat pada Water Inlet Valve tersebut dan bawa kekedai salat ganti untuk membeli Water Inlet Valve yang baru.
Masalah air tidak masuk mungkin selesai selepas anda membuat kedua-dua perkara di atas.
Ulasan
Catat Ulasan