PERBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017
Gambar ketika raptai(saya 4 dari kanan)
Assalamualaikum..
Pada 31 Ogos 2017 yang lalu saya telah berpeluang menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bagi perlaksanaan acara ini kami telah memulakan latihan pada 24 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Perbarisan ini telah disertai oleh 350 Anggota RELA dan 50 Pegawai RELA .
Acara ini merupakan acara tahunan yang menjadi satu kemestian penyertaan dari kami. Penyertaan juga terdiri dari pelbagai jabatan seperti PDRM, ATM, APM dan banyak lagi. Acara ini juga mampu menarik kehadiran pelancong yang kagum dengan persembahan yang di pamerkan. Pada acaara ini juga kita dipersembahkan pelbagai kenderaan yang digunakan oleh ATM termasuk jet yang digunakan untuk peperangan.
(Saya duduk bahagian hadapan, pertama dari kiri)
(Saya nombor dua dari kiri)
Bagi menyertai acara perbarisan ini memerlukan individu yang mempunyai mental yang kuat serta disiplin yang tinggi. Ini kerana peserta akan dilatih dengan pelbagai gerakan kawad serta menuntut setiap peserta untuk bekerja sama bagi menunjukkan hasil yang baik. Dalam kawad, kerjasama amat penting bagi menampakkan keseragaman.
(Gambar ketika raptai hari pertama)
(saya nombor lima dari kanan)
Ulasan
Catat Ulasan