HOBI SAYA



Assalamualaikum..

Hai semua.. pada kali ini saya ingin berkongsi cerita berkaitan hobi saya.. Semua orang pasti mempunyai hobi.. Seperti orang lain juga saya mempunyai hobi yang gemar saya lakukan iaitu berenang. Seperti kebanyakan kanak-kanak lain di desa, saya mula berenang pada umur 7 tahun di tali air yang terdapat berhampiran rumah saya. Ketika kanak-kanak  saya kerap lakukan aktiviti berenang bersama-sama kawan-kawan di waktu petang selepas bermain sesuatu permainan. Pada waktu itu kebanyakan ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka berenang di tali air kerana kerap terjadi selepas dari melakukan aktiviti itu kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah kembung perut. Apabila seseorang itu terkena kembung perut, untuk melegakan masalah tersebut ibu bapa akan mencari tukang urut untuk mengurut perut kanak-kanak tersebut.

    Sehingga kini saya masih menjadikan berenang sebagai hobi saya yang  digemari. Dengan melakukan aktiviti renang saya dapat merehatkan fikiran dan rasa lebih segar. Pada waktu kini saya suka melakukan aktiviti renang di kolam-kolam renang yang ada menyediakan perkhidmatan tersebut kepada orang awam, seperti Kukup Golf Resort. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan dengan fasiliti yang disediakan. Ketika menginap di Hotel dan Resort yang ada menyediakan kolam pasti saya akan gunakan kemudahan yang telah disediakan itu.

   Anak-anak saya juga menggemari aktivit renang ini. kebaiasaannya saya akan bawa anak saya bercuti di Hotel dan Resort yang mempunya kolam untuk kanak-kanak. Seronok melihat anak-anak gembira bermain aktiviti yang mereka gemari juga.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MESIN BASUH TIDAK BOLEH ON

MESIN BASUH - AIR TIDAK BOLEH TAKUNG

MESIN BASUH MANUAL/SEMI AUTO TIDAK BOLEH SPIN.